Pc rosak lagi... cian dia kene hantar pi hospital. tula sapa suh demam. klu rosak lagi aku nak hantar g spital len lak..spital kitar semula..
Pagi nie aku bangun la dengan wat2 semangat cz da discussion. Malam tadi aku mesej mmber aku tanya, jadi ker discuss tu.. dia tak reply, dah tido kot. Aku pun siap2 and g la tempat janji temu tu. Sekali dengan hati terbuka dan sukacitenyer aku tengok la anset aku, tup2 ade mesej. Ingat pakwe mana la kan dok mesej. Sekali tu member aku baru balas..gtau cancel. sok jer perjumpaan tu..
Penat tu takdelah sangat. Tapi geram tu ade la. Aku pun pikir nak g mana pulak nie..malas dah nek bas sbb aku rase nak marah tadi tu. Aku pun jalan2 pi tasik.... Dengan bersendirinye, aku pun balik berjalan kaki walaupun jauh la jugak. Sebab nak hilangkan marah dan tension aku.
Nie dah sampai bilik... Aku pun tak tau nak watpe... Wat la ape yang patut.. Makan2 ker,,,minum2... Ape2 jelah..
Labels: Hatiku
Ni aku kat Cameron. Sejuk betol. Kenangan manis ngn Persatuan Sabah, UKM. Thanx kawan2 Sabahan. heheh.. Seronok tau. ;)
Labels: UKM
Dulu.. Adanya membuatku gelisah
Kini.. Tanpanya kurasa kurang senang
Mungkin adanya itu sering membuatku kecewa
Dan kini tanpanya pula kurasakan seperti ada yang kecewa
Hati bisa berubah..
Kerana satu perkara aku tidak bisa lagi boleh bertahan
Lalu kini sepi tapi bahagia, bukan bahagia tapi sepi.
Tapi benarkah itu?
Kadang-kadang fikiran ku bermain-main dengan kisah silam
Sejarah itu kekal,
Kalau bisa aku undurkan masa, ingin aku menjauhi segala apa yang bakal kurasakan pada masa kini.
Kerana rasa ini bisa membuat aku kecewa, terluka dan lara.
Aku mahu memberi yang terbaik
Tetapi selalunya tidak semua yang kuberi itu adalah terbaik
Dan kekurangan itu selalunya menjadi sebuah pengukuran
Aku bukan insan yang banyak memberi kebaikan
Sering juga aku ini dalam kepuraan
Apakandaya tanpa kepuraan aku tidak menyenangkan
Ada hati perlu kutitipkan
Biarpun hati sering kesinggungan
Biarpun kutahu pura-pura itu amat menyakitkan
Namun kini aku masih rasa betapa bahagia itu amat luas
Betapa sejarah dulu menjadi pengajaran dan tauladan
Betapa dulu membuat aku kini lebih tabah
Luka itu seringkali datang tanpa ada jemputan
Duka itu seringkali menambah keperitan
Tapi aku perlu tahu itu juga memberi aku sebuah pengertian
Aku merasakan yang pergi itu adalah sebuah kedukaan
Dan yang datang itu pula adalah sebuah kebahagiaan
Aku juga pasti duka itu tidak selamanya
Dan bahagia juga tidak kekal lama
Duka itu memberi parut pada hati
Bahagia pula kadang-kadang pergi tanpa janji
Perasaan ku ini kurasakan terlalu dalam
Kadang-kadang bisa saja membuat hati sendiri tidak keruan
Dari-Nya jua kuharapkan kekuatan
Labels: Hatiku
Labels: Family
Dari kiri, K.Nani, K.tiqah, K.fidah, Aku, K.zu dan Fatimah. Ini kumpulan aku masa kursus Bahasa Inggeris Semester 3. Maklumlah aku terlebih 'teror' B.i nie. Jadinyer kene belajar lebih sikit daripada orang lain.. HEHEE
Labels: UKM
Pn. Asnihah bt Hj Adenan, aku panggil beliau dengan gelaran K.ani. Beliau seorang guru Pendidikan Islam di SMK Jenjarom. Yang disebelahnya pula Sakinah bt Yaacob. Dia lah Kawan praktikal aku kat SMK tu.. Yang Pn. Asnihah pula guru pembimbing Cik Sakinah. Pasal tu amik gambar sebelah-sebelah.heheh. K.Ani pun banyak mengajar aku sepanjang aku di sana. Hubungan kami rapat. Hari-hari aku usik K.Ani. K.ani, saya mintak maaf kalau ada salah dan silap. Terima kasih atas segala jasa dan baktimu. Semoga dikau sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah swt.
Labels: Praktikal