Kursus B.I


Dari kiri, K.Nani, K.tiqah, K.fidah, Aku, K.zu dan Fatimah. Ini kumpulan aku masa kursus Bahasa Inggeris Semester 3. Maklumlah aku terlebih 'teror' B.i nie. Jadinyer kene belajar lebih sikit daripada orang lain.. HEHEE

Teman Praktikum


Pn. Asnihah bt Hj Adenan, aku panggil beliau dengan gelaran K.ani. Beliau seorang guru Pendidikan Islam di SMK Jenjarom. Yang disebelahnya pula Sakinah bt Yaacob. Dia lah Kawan praktikal aku kat SMK tu.. Yang Pn. Asnihah pula guru pembimbing Cik Sakinah. Pasal tu amik gambar sebelah-sebelah.heheh. K.Ani pun banyak mengajar aku sepanjang aku di sana. Hubungan kami rapat. Hari-hari aku usik K.Ani. K.ani, saya mintak maaf kalau ada salah dan silap. Terima kasih atas segala jasa dan baktimu. Semoga dikau sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Sek Men Jenjarom


Erm.. Tempat praktikum aku di SMK Jenjarom Banting. Seronok dapat pergi sekolah tu..

Banyak kenangan aku di sana. Dapat guru pembimbing. Ada kawan-kawan dari UKM sama-sama praktikal. Kawan-kawan baru. Anak murid dan semua-semua lah. Banyak jugak aku belajar di sana. Kalau di UKM aku hanya belajar denga teori tapi, bila masuk sekolah dapat pengalaman baru dan aplikasi apa yang telah aku belajar. Macam-macam kerenah orang dapat aku tengok. Dah abis praktikal pun, aku masih berhubung dengan pelajar-pelajar aku.. Rindu jugak dengan warga SMK Jenjarom.

Yang kat atas tu gambar aku dengan guru pembimbing aku. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang aku menjalani praktikum aku. Nama beliau Pn. Hjh Normah bt Ismail. Beliau merupakan guru Pendidikan Islam dan juga Tasawwur. Ha.. masa haritu aku kene mengajar subjek Tasawwur la.. K.Normah makasih banyak-banyak atas segala ilmu dan panduan dari mu.. Ku doakan semoga dikau sekeluarga dlam rahmat Illahi.. Amin..

1st Dinner Burhan


Ini dinner Kolej Burhanudin Helmi. Tahun satu nie.. Dengan kawan-kawan.. Syud, Ekin, K.t, Nisa dan fiqah. Yang tudung krim tu la aku. Muka garang la konon.. heheh

Taman Pertanian

Gambar ni diambil waktu rombongan pergi Taman pertanian. Yang nie taman buah-buahan.. Best...

Berlakon Bahasa Arab


Ini aktiviti berlakon untuk subjek Bahasa Arab di bawah penyelarasan Dr. Nik Rahimi. Terima kasih ustaz kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.

Poyo tak? heheh

Tingkatan 6 (STAM)

Gambar ini diambil ketika aku bersekolah di SAMT Tengku Ampuan Rahimah Banting, kenangan paling manis masa aku di tingkatan 6. Aku rindu dengan kawan-kawan aku.

Keluarga Bahagia



Ini keluarga saya.. Masa raya ni amik gambar. k, meh saya perkenalkan ahli keluarga saya.

Dari belakang, yang hensem bergaya tu ayah saya. Sebelah kanan ayah tu emak saya. Come kan? Yang tudung celoreng-celoreng tu la saya. Sebelah kanan saya adik bongsu saya. Yang hujung kanan tu pulak adik pertama saya.

Ok, bahagian hadapan pulak, yang ayu tu kakak saya bersama suami dan anak-anak.

Saya berdoa semoga keluarga saya kekal bahagia hingga keakhirnya.. Amin..

SIAPA AKU..

Ni tuan punya blog. Yang mana satu ek? Mana-mana pun buleh.. kan dua-dua cun. hehehe. Kat bawah ni biodata ringkas saya.

Nama saya Nadirah binti Samsuddin.
Saya Lahir 15 Mac 1986.
Lahir di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Saya anak ketiga daripada 5 orang adik beradik.
Tempat tinggal di Kebun Baharu, Banting Selangor.

Dulu sekolah di:
1) Madrasah Darul Mujahidin & SRA Kebun Baharu
2) SAM Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Banting
3) SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam

Sekarang aku ada di Universiti Kebangsaan Malaysia ambil ijazah. Insyaallah tahun 2009 aku tamatkan ijazah pendidikan aku. Doakanlah aku dapat jadi guru yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Amin..

Ape lagi nak tau? kalau nak tahu lebih-lebih tu kene la datang umah. ok?